07 October 2017

TERIMA UGUTAN LAGI - FEEYA ISKANDAR BUAT LAPORAN POLIS


"Saya terkejut bila dapat e-mel pengodam Indonesia yang minta saya pindahkan duit sebanyak RM10 ribu menerusi akaun bitcoin dalam masa 24 jam.





"Kalau tak buat pemindahan itu, dia ugut akan sebarkan gambar peribadi saya yang dia dapat dengan mengodam telefon bimbit saya," kata penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar yang menerima ugutan itu pada Rabu lalu.

Feeya ketika dihubungi mengulas mengenai status yang dimuatnaik di laman Instagramnya yang mengatakan ada pihak cuba menipu untuk mendapatkan kesenangan cepat.

Menurut Feeya, pada mulanya dia membiarkan sahaja e-mel tersebut kerana beranggapan perkara tersebut tidak serius.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Feeya berkata, dia menerima e-mel dan ugutan yang sama pada keesokkan hari. Bimbang dengan keselamatan, isteri kepada Nurashid Abd Wahab ini telah membuat laporan polis.

"Pada mulanya saya tak ambil serius sangat perkara ini dan hanya membiarkan sahaja ugutan tersebut. Tapi keesokkan hari dan waktu yang sama, saya terima lagi e-mel ugutan yang sama.

"Sebabkan risau dengan keselamatan saya terus buat laporan polis dan kini mereka sedang menyiasat kes tersebut," ujarnya.



Dalam pada itu, Feeya menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak sebarangan.

"Saya nasihat agar jangan mudah bagi maklumat peribadi kita kepada orang yang sebarangan. Sebab kita tak tahu apa niat orang itu.

"Sekarang ini macam-macam orang boleh buat sebab nak cepat kaya," tutur ibu kepada Adam Malique.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: