07 October 2017

ISU TERMA PERUBATAN 'TITIAN CINTA' - FAEZAH ELAI TAMPIL JELASKAN


Susulan teguran daripada seorang doktor tentang pengggunaan fakta, ramai netizen mengecam pihak produksi kerana tidak menjalankan kajian terlebih dahulu dan sekadar tangkap muat dialog yang dilontarkan oleh para pelakonnya.





Enggan membiarkan drama arahan suaminya iaitu Heykal Hanafiah berjudul 'Titian Cinta' menjadi pertikaian, pelakon Faezah Elai telah tampil memberikan penjelasan perkara sebenar yang terjadi.

Jelas Faezah, terdapat kesilapan teknikal apabila pihaknya terlepas pandang dengan mengambil dialog yang tidak sepatutnya menyebabkan netizen mula menghentam kononnya mereka tidak membuat kajian mengenai terma perubatan yang harus dituturkan.

Katanya, mereka menggunakan khidmat doktor bertauliah bagi memastikan dialog yang betul namun pegawai perubatan itu menghadapi masalah untuk berlakon disebabkan tiada pengalaman sehingga pengarah terpaksa melakukan beberapa kali rakaman semula.

Klik untuk gambar besar


"Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar. Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil.

"Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul.

"Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena berlakon dengan Zul Ariffin," ujarnya menerusi laman sosial Facebook.



Adegan dalam drama 'Titian Cinta' sehingga menjadi perbalahan sesama netizen itu merupakan perbualan watak utama, Haris iaitu Zul Ariffin yang sedang menerima maklumat daripada doktor berkaitan keadaan kesihatan isterinya.

Dialog dan istilah perubatan yang menjadi kecaman adalah: "Kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik" - Sedangkan rahim wanita hanyalah satu tiada kiri atau kanan.

Sementara itu, Faezah berkata, kenyataan yang diberikannya bukan untuk menegakkan benang yang basah sebaliknya menerangkan situasi sebenar apa yang berlaku.



"Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung.

"Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor hentam," ujarnya yang dia tidak terlibat dalam drama berkenaan.

Drama 'Titian Cinta' dibarisi pelakon seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof yang bersiaran di slot Akasia pada pukul 7 malam di TV3.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: