27 October 2017

BENGANG PERKEMBANGAN LARA DISINDIR - AWAL & SCHA BIDAS DENGAN 'PADU'


Selebriti terkenal Awal Ashaari dan isterinya, Scha al-Yahya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila bertindak membalas komen serta menghentam tindakan seorang individu dikenali 'Coreyrasd'.





Ini adalah selepas individu terbabit mempersoal dan menyindir perkembangan anak perempuan pasangan ini, Lara Alana.

Kita semua mengetahui isu mengenai perkembangan Lara yang kini berusia tiga tahun bukanlah perkara baru.

Menerusi laman Instagram, 'Coreyrasd' mendakwa Lara harus diberikan perhatian oleh kedua orang tuanya kerana perkembangan otak kanak-kanak itu yang perlahan.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, individu itu juga turut sama menasihati pasangan itu supaya buang ego masing-masing dengan membawa Lara berjumpa pakar.

Dalam komen itu, Awal mempersoalkan wanita itu yang tidak mengenali mereka dengan rapat tetapi sesuka hati menghukum didikan mereka terhadap anak-anak.

Selain itu, Scha juga turut sama meninggalkan komen terhadap wanita itu kerana berang didakwa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan masa berkualiti bersama Lara.



Jelasnya lagi, mereka sudah pun membawa Lara berjumpa dengan pakar tapi ianya tidak perlu dikongsi di laman sosial.

Komen pedas wanita itu bukan saja menimbulkan kemarahan pasangan ini, malah ianya turut mencetuskan perbalahan antara peminat di ruangan komen.

Sebagai peminat, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi selebriti. Pastinya mereka tahu apa yang terbaik buat anak mereka.














www.myartis.com / Sumber: Awal Ashaari IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: