28 October 2017

KEMBALI BERCINTA SELEPAS PUTUS - KAMAL DAKWA ZAHIRAH TIKAM BELAKANG


"Namun, saya tahu Emma masih marahkan saya. Jadi, biarlah saya memberinya ruang. Saya bersyukur Emma sekarang sudah mula menunjukkan perubahan dan tidak lagi dingin terhadap saya seperti sebelum ini.





"Sebelum ini, saya, Emma, Zahirah dan Zul Ariffin sudah bertemu. Kami sudah mencapai kata sepakat dan tidak akan ada isu berbangkit lagi.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya sudah memohon maaf kepada semua pihak," kata pelakon Kamal Adli yang mendedahkan hubungannya dengan aktres Emma Maembong kembali pulih.

Untuk makluman, Emma ada memberitahu bahawa keputusannya sebelum ini yang mengatakan dirinya sudah putus dengan Kamal dibuat ketika sedang marah dan sakit hati.

Terdahulu, Zahirah ada membuat kenyataan dengan meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap Kamal yang bersikap tidak jujur dengan mengaitkan namanya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun Kamal menafikan dakwaan itu tetapi terkilan dengan tindakan Zahirah yang seolah mengeruhkan lagi hubungannya dengan Emma.

"Apabila memberikan kenyataan kepada media, saya sudah menegaskan awal-awal lagi bahawa jangan kaitkan nama Zahirah kerana semuanya salah saya.

"Apa yang penting bagi saya masalah dapat diselesaikan dan saya sendiri mahu menyelamatkan hubungan dengan Emma.

"Kami memang tidak curang dengan pasangan masing-masing. Malah, hubungan dia dengan Zul juga tiada masalah.



"Mengapa dia tidak cuba membantu dan melakukan perkara sama seperti yang saya lakukan terhadap hubungan dia dengan Zul," ujarnya.

Dalam pada itu, Kamal berkata, kontroversi percintaannya dengan Emma menjadi parah disebabkan Zahirah cuba menikam dari belakang sedangkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik sebelum ia dilaporkan media.

Jelas Kamal, dia sudah menjelaskan situasi sebenar kepada Emma dan teman lelaki Zahirah iaitu Zul Ariffin menerusi tiga pertemuan sebelum ini malah meminta maaf kepada aktor itu sekiranya wujud salah faham.

"Saya keluar bersamanya (Zahirah) bersama dua lagi rakan kami. Ia merupakan kesalahan saya dan saya sudah terangkan kepada Emma dan Zul.



"Tetapi yang peliknya ketika pertemuan kali ketiga dengan kehadiran Emma dan Zul, dia tiba-tiba memutar belit kenyataan sehingga saya sendiri terkejut.

"Anda bayangkanlah bagaimana Emma tak marah dan mula berprasangka buruk terhadap saya? Dari situ hubungan kami bermasalah dan sehinggalah Emma keluarkan kenyataan tentang hubungan kami," jelasnya.

Pada masa sama, Kamal tidak menyalahkan Emma yang mengatakan hubungan mereka telah putus kerana aktres itu berada dalam keadaan marah.

"Secara terbuka saya ingin meminta maaf sekali lagi kepada Emma, harap orang luar jangan salahkannya. Dia adalah teman wanita saya dan dia ada hak untuk rasa apa yang dia rasa (berhubung kontroversi).



"Perempuan mana yang tak naik angin apabila orang dakwa teman lelakinya terhegeh-hegeh dengan perempuan lain dan tidak dilayan pula," tuturnya.

Sementara itu, Kamal berkata yang isu tersebut menggangu perhatian dia terhadap pertandingan akhir Super Spontan Superstar ditambah dengan kejadian motosikal berkuasa tinggi miliknya dikebas orang.

"Sudah jatuh ditimpa tangga orang kata. Memang semangat saya hilang sehinggakan tumpuan terganggu. Tetapi Alhamdulillah, sesuatu musibah itu pada akhirnya diganti dengan kemanisan dan kemenangan.

"Ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan saya walaupun tidak pernah menjangkakannya," ujar Kamal yang memenangi wang tunai RM100,000 berserta trofi selepas menjadi juara program Super Spontan Superstar 2017.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: