27 October 2017

MAAFKAN JOY REVFA - HAFIZ HAMIDUN MAHU TERUSKAN KEHIDUPAN BARU


"Saya rasa dalam isu rumahtangga ini kita kena jadi ikhlas dan jujur. Saya rasa apa yang saya buat sebelum ini, yang saya ini tak berguna, tak bertanggungjawab, sebenarnya orang kena tahu apa yang saya buat itu ialah yang sebaliknya dari apa yang mereka cakap.





"Saya dah cuba nak selesaikan masalah ini dari hari yang pertama. Kita nak cuba selesaikan dengan cara yang baik. Benda yang terjadi ialah yang sebaliknya," kata penyanyi Hafiz Hamidun yang akui dirinya cuba menyelesaikan masalah ni dan tidak pernah tidak bertanggungjawab.

Seperti yang kita semua ketahui, Hafiz telah melafazkan cerai talak satu terhadap Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin di di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof kelmarin.

Mahkamah memaklumkan, talak satu 'ba-in sugrha' itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Hafiz juga mengakui tidak bercakap dengan Joy sebelum atau selepas prosiding mahkamah dan dia juga memaafkan apa jua kenyataan mengenainya yang dikeluarkan oleh Joy dan ahli keluarganya, dan dia sendiri meminta maaf.

"Anyway, saya tidak ada bercakap dengan dia, sebelum dan juga selepas tadi pun. Sebenarnya saya dah lama maafkan, dengan apa yang terjadi, tak kisahlah, dia kata macam-macam, keluarga dia ke, saya dah lama maafkan sebab saya rasa kemaafan itu ialah benda yang akhirnya meleburkan semua sengketa.

"Tak kisahlah apa yang orang cakap tentang saya, saya tetap maafkan dan saya juga minta maaf jika saya ada salah dan silap yang timbul sebab saya rasa masyarakat akan boleh dapat hikmah, boleh belajar sesuatu," ujarnya.

Pada masa sama, Hafiz turut memberitahu yang dia juga tidak mahu mempunyai apa-apa perkaitan dengan Joy buat masa ini.



"Buat masa ini saya rasa tidak perlu ada apa-apa hubungan kawan ke apa. Pada saya, saya seorang yang berniaga, juga figura awam, ada program merata-rata. Saya kalau boleh tak nak bergaduh dengan orang. Tak nak bermusuh dengan orang. Jadi, tengoklah.

"Dalam masa terdekat ini saya mahu teruskan kehidupan yang baru dengan keluarga saya. Pada masa akan datang, kalau nak berkawan, tak ada masalah.

Sementara itu, Hafiz mengakui sejak berhadapan masalah ini, badannya susut dan ramai perasan akan perubahan itu.



"Dalam masa terdekat ini lebih baik saya fokus kembali kepada diri saya dahulu. Ramai orang kata dah kurus, dah cengkung, makan tak cukup. Saya pun terfikir juga mungkin inilah kesan dari masalah.

"Anyway, saya akan fokus yang pertama kepada diri saya dahulu, kemudian bawa kepada keluarga saya. Saya tak libatkan keluarga saya dalam masalah ini dan mereka pun faham.

"Jadi lepas ini saya akan luangkan lebih masa kepada keluarga saya, pada perniagaan dan banyak lagu-lagu baru yang bakal dikeluarkan," tuturnya.

Apapun, selepas ini Hafiz boleh meneruskan langkah tanpa menoleh ke belakang lagi, ya tak? Ini juga satu pengajaran bukan saja buat mereka yang terlibat, malah seluruh masyarakat. Bersama-sama kita belajar dari peristiwa ini.


www.myartis.com / Sumber: YouTube Oi Jom


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: