02 October 2017

FASHA SANDHA HARAP JODOH KEDUANYA SEBAIK 'LELAKI INI'


Pelakon Fasha Sandha terus melangkah maju demi dua anaknya, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma walaupun bergelar ibu tunggal.





Setahun lebih hidup sebagai seorang ibu tunggal dan tanpa kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya, Fasha nampak sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kembali.

Fasha menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya berharap agar diberikan jodoh kedua dengan lelaki yang sama baik seperti di dalam video yang dimuatnaik.

"Sweetnya... Semoga Allah berikan Jodoh ke 2 ku dengan lelaki sebaik ini. Amin 😇🌹," tulisnya di IG.

Klik untuk gambar besar


Video yang dikongsikan menunjukkan seorang pengantin lelaki menangis apabila pertama kali menyentuh jari isterinya ketika sesi menyarungkan cincin.

Pengantin lelaki yang berjubah hijau serta berkopiah itu turut kelihatan malu ketika mahu menyarungkan cincin ke jari wanita yang baru sahaja disahkan menjadi isterinya.

Rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Fasha bertemu dengan jodoh idamannya dan segera berumah tangga.



Sementara itu, entri itu turut mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mendoakan kebahagiaan buat pelakon itu.

"Boleh sayang, yang terbaik untuk mu dear..me too..muahh," kata Datuk Seri Vida pada ruangan komen.

Untuk makluman, Fasha sah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan sepasang anak.








www.myartis.com / Sumber: Fasha Sandha IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: