02 October 2017

FYNN JAMAL SAMBUT ANAK ANGKAT KEDUA HUJUNG OKTOBER INI


Menerusi laman Instagram baru-baru ini, penyanyi Fynn Jamal telah mengumumkan berita gembira dimana beliau bakal menyambut anak angkat keduanya iaitu seorang bayi perempuan pada hujung Oktober ini.





Menurut Fynn, dia sudah lama menyimpan berita tersebut tetapi bimbang untuk berkongsi kepada umum kerana takut tidak menjadi.

Bagaimanapun, Fynn berasakan hari ulangtahun kelahiran suaminya adalah masa yang sangat sesuai untuk mengumumkan berita gembira tersebut. Tambahan lagi bayi perempuan tersebut akan bersama mereka tidak lama lagi.

Fynn menerusi perkongsiannya di IG, memberitahu bayi perempuan itu merupakan anak angkat keduanya selepas Juna.

Klik untuk gambar besar


Kata Fynn, dia sudah lama menyimpan berita tersebut tetapi bimbang untuk berkongsi kepada umum kerana takut tidak menjadi.

Dalam pada itu, Fynn turut memohon agar semua mendoakan proses pengambilan anak angkatnya itu dipermudahkan.

Selain itu, Fynn juga berharap agar Juna dan bakal anak perempuannya itu akan sentiasa bersama meskipun dia dan suami sudah tiada kelak.

Entri tersebut mendapat respon yang banyak daripada pengikut IGnya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan Fynn dipermudahkan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Fynn Jamal IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: