23 October 2017

STATUS DENGAN MUKHLIS ROSDI - FASHA SANDHA BELUM MAHU KOMEN


Semua mengetahui mengenai khabar dimana pelakon Fasha Sandha dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Mukhlis Rosdi sejak beberapa bulan lalu.





Disamping itu, ramai juga yang masih menginginkan Fasha rujuk semula dengan Jejai selepas berdamai demi anak-anak mereka.

Fasha bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Mukhlis dan hanya mengakui beliau kini dalam sedang mengenali ramai orang.

"Saya sedang mengenali ramai orang. Sebenarnya begini, saya masih sibuk dengan kerja di set penggambaran, jadi masa yang saya ada adalah sangat terhad dan perlu dibahagikan dengan baik.

Klik untuk gambar besar


"Ada masa saya akan keluar dengan anak-anak, ada masa keluar dengan beberapa orang kawan. Susah untuk letak status apa-apa kerana semuanya saya anggap masih dalam status berkawan, tidak ada fasa lain lagi buat masa sekarang," ujar Fasha.

Bukan mudah untuk menambat hati seorang wanita yang pernah terluka dengan kegagalan hubungan lalu dan mungkin Fasha juga sudah semakin matang dan berhati-hati untuk menjalinkan hubungan.










www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: