23 October 2017

JUARA AF MEGASTAR - IDAYU PEROLEH RM100,000, PERCUTIAN KE TURKI


Malam semalam, konsert akhir Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar) yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 32, sebagai juara.





Atas kemenangan itu, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) yang menepati ramalan ramai itu telah memperoleh RM100,000, percutian 10 hari 7 malam ke Turki dan juga sebuah trofi.

Pada malam akhir AF Megastar, Idayu membawakan lagu berjudul 'My All' nyanyian Mariah Carey dan lagu keduanya iaitu single barunya berjudul 'Selamanya' ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan yang merupakan juga bekas pelajar AF3.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, bagi 'Anugerah Terlajak Laris D’Herbs' yang bernilai RM10,000 pula dimenangi oleh Marsha Milan (AF3) yang mempersembahkan lagu 'Pilihlah Aku' (Krisdayanti) dan lagu baharu ciptaan Ezra Kong, Omar K dan Dilyla Khalid bertajuk 'Hilang'.

Bukan itu sahaja, Syamel yang muncul dengan 'Seniman Menangis' (Datuk Jamal Abdillah) dan lagu baharu ciptaanya sendiri berjudul 'Biar Cinta' itu memenangi kategori 'Ultimate Performer', yang menawarkan hadiah baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta trofi.

Dalam pentas akhir itu, Bob menyampaikan lagu baharu berjudul 'Terbuang Dalam Pelukan' hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan 'Bukan Dia Tapi Aku' (Judika).



Manakala Shahir, dia telah menyampaikan lagu 'Mama Jangan Pergi' ciptaannya bersama Awi Rafael dan 'Tapi Bukan Aku' (Kerispatih).

Dalam pada itu, gandingan Joe Flizzow dan Sonaone serta Alif Satar turut menghiburkan penonton untuk segmen selingan.

Konsert akhir AF Megastar yang diacarakan oleh Datuk Aznil itu menyaksikan juri tetap, Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri undangan iaitu Datuk Awie.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: