05 October 2017

TAK DAPAT KE LUAR NEGARA - SHAHEIZY SAM NAFI SEBAB MUFLIS


Dek kerana berpisah seketika dengan isterinya, Syatilla Melvin yang berangkat bersama ahli keluarga yang lain bercuti di London, ada yang mendakwa pelakon Shaheizy Sam tidak dapat ke luar negara kerana kontroversi status muflis baru-baru ini.





Enggan perkara tersebut menjadi salah faham, Sam telah tampil menafikan dengan memberitahu ketiadaan beliau bersama isteri di London kini bukanlah kerana tidak lepas untuk ke luar negara tetapi kerana bebanan kerja yang terpaksa di selesaikannya.

"Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem 'Polis Evo 2' tidak lama lagi.

"Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, berikutan kes cukai pendapatan yang tertunggak sehingga RM300,000, Sam memberitahu yang beliau perlu menyelesaikan masalah tersebut sebelum 15 Februari depan.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam perkara membabitkan cukai pendapatan tertunggak, Sam akui dirinya juga silap kerana terlepas pandang dalam soal itu hingga notis bankrap dikeluarkan.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sebaliknya membuatkan Sam belajar daripada kesilapan dan akan memastikan perkara itu tidak akan berulang lagi.


















www.myartis.com / Sumber: MMO


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: