18 December 2017

"HATI BINATANG" - IZREEN BENGANG FOTO 'PERIBADI' TERSEBAR


"Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan... Diam tidak beerti salah dan takot..





"Cuma memberi ruang utk kesemua pihak yg terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.. tapi rupanya tidak sama sekali seperti yg disangkakan!! Malah bertambah teruk..!!!!!

Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yg tidak bertudung... Nama pun kat rumah...takkan nk pakai jubah!!! Bukan gambar diluar!!!," kata pelakon Izreen Azminda, 32, yang meluahkan rasa bengangnya.

Baru-baru ini, da pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar peribadi Izreen tidak berhijab yang dirakamkan bersama suami ketika berada di rumah.

Malah, pihak tersebut turut memfitnah kononnya gambar itu diambil sebelum dia berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude pada Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar


"Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kitaorg berkahwin oleh salah seorang kawan yg dtg kerumah saya.. tapi yg peliknya.. takdak seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah tu..??

"Ker ada manusia yg sejenih gigih duplicate kunci semata-mata untuk masok ke rumah itu dgn niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah... Wow awak sgt hebat...!!

Berdasarkan penyiasatan, gambar tersebut dimuatnaik oleh satu akaun Instagram bernama, '@Izreen.Azminda_perampas' yang pastinya bukan peminat pelakon tersebut.

Kecewa dengan fitnah yang tersebar, Izreen menyifatkan sikap manusia terbabit seperti berhati binatang.



"Apa yg awak dapat sebenarnya??? Dapat duit???? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermorallllll perbuatan manusia berhati binatang ini..

"Dan untuk ig yg menyebarkan gambar ini.. tunggu tindakan selanjutnya yg akan dikenakan keatas anda kerana menjatuhkan maruah saya...dan menyebarkannya disosial media...!!!!," tulis Izreen di IG.

Agak marah juga Izreen apabila ada pihak berniat jahat menyebarkan gambar beliau tidak bertudung. Lebih berang lagi apabila gambar tersebut dikatakan dirakam ketika mereka belum bernikah.

Siapalah agaknya yang berhati busuk menfitnah Izreen dan membuka aib orang sesuka hati. Harapnya Izreen terus sabar dengan dugaan ini. Mungkin ini ujian yang diberi olehNya dalam meniti kehidupan menjadi isteri kedua.








www.myartis.com / Sumber: Izreen Azminda IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: