18 December 2017

RUMAH TANGGA MADU - ARTIS WANITA BERUSAHA RUNTUHKAN?


Baru-baru ini, ada satu sumber kepada Diva menerusi akhbar Kosmo mengatakan seorang artis wanita yang berkahwin dengan suami orang berusaha untuk memisahkan suami dan madunya. Dalam erti kata lain, bercerai.





"Diva sebenarnya terkejut apabila mendengar khabar angin daripada seorang sumber semasa menghadiri sesi fotografi di Petaling Jaya baru-baru ini.

"Sumber berkenaan memberitahu tentang seorang artis wanita yang mendirikan rumah tangga dengan suami orang mempunyai hasrat untuk meruntuhkan masjid yang dibinia suami dengan madunya.

Klik untuk gambar besar


"Bagaimanapun, perancangan berkenaan tidak berjaya, namun sumber itu tidak mengetahui puncanya. Diva tidak pasti sejauh mana kesahihan khabar angin berkenaan," katanya.

Bukan mudah untuk hidup bermadu tetapi ia tidak bermakna seseorang itu harus melukakan hati madunya dan meruntuhkan masjid yang dibina bersama suami.

Itu sudah sampai tahap kejam namanya. Jika berita ini benar, kami harap artis tersebut insaf dan janganlah mencipta kebahagiaan atas air mata orang lain.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: