Menerusi laman Instagram pelakon Saharul Ridzwan, beliau telah berkongsi video saat anak sulungnya, Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 6 bulan itu menyebut 'Allah' sebagai perkataan pertama selepas mendengar azan.
Dalam kapsyen tersebut, Saharul memberitahu yang beliau pernah berdoa agar perkataan pertama anaknya itu adalah 'Allah'. Sejuk hati mendengar pengalaman Saharul dan nampaknya doa beliau termakbul.
Rata-rata peminat juga terkejut dan merasakan anak Saharul antara yang bertuah menyebut nama yang begitu istimewa.
Klik untuk gambar besar
"Tadi baru jer azan Asar, tiba-tiba Ali diam je dengar azan. Wife saya saja record, saya rasa Ali cakap 'ALLAH'. Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah. #6bulandah," tulisnya di laman Instagram.
Memang bertuah Saharul melalui pengalaman yang cukup bermakna bergelar bapa. Semoga Ali membesar dan menjadi anak yang soleh.
ATAU KLIK DISNI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Saharul Ridzwan IG
________________________
No comments:
Post a Comment