02 December 2017

SEDIH IG 3 JUTA DIGODAM - JANNA NICK USAHA DAPATKAN SEMULA


Mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadi pelakon Janna Nick, 22, pula digodam sejak petang Khamis.





Kata Janna, akaunnya itu tidak boleh diakses selain gambar dimuatnaik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.

"Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam. Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.

"Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut," ujar Janna yang sedih apabila laman Instagramnya digodam individu tidak bertanggunjawab.

Klik untuk gambar besar


Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih tiga juta pengikut itu masih belum pulih. Malah, hanya ada sekeping gambar yang dimuatnaik dengan kapsyen "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang".

Rata-rata pengikut meninggalkan komen meminta penggodam memulangkan semula akaun tersebut kepada pelakon 'My Coffee Prince' itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Janna memaklumkan yang muzik video lagu terbaharunya berjudul 'Akan Bercinta' telah pun dilancarkan di laman YouTube malam semalam.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: