Menerusi laman Instagram pelakon dan model, Elaine Daly telah mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua yang kini berusia 14 minggu.

Dalam masa masa, Elaine turut mengesahkan yang dia dan suaminya bakal menyambut kelahiran bayi kedua mereka itu pada Mei 2018.
Pun begitu, Elaine yang memuatnaik gambar ultrasound bayinya itu memberitahu dia kini sedang berehat dan tidak dapat menghadiri mana-mana acara hiburan dan sebagainya.
Elaine meminta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian disebabkan alahan teruk yang dialaminya.
Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun dia mengharapkan agar proses kehamilannya selepas ini berjalan dengan lancar dan baik sehingga bersalin.
Untuk rekod, Elaine dan suaminya seorang doktor berasal dari Afrika Selatan iaitu Nick Borden yang berkahwin pada 4 Disember 2014 itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Jean Boden, berusia 2 tahun.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment