02 December 2017

DIKATA RAIH PUBLISITI MURAHAN - NABILA RAZALI TEGAS TIADA NIAT MENIPU


Digangggap meraih publisiti murahan gara-gara gimik 'percintaannya' bersama Aedy Ashraf serta video dirinya menangis kononnya dikecewakan oleh aktor itu, pelakon Nabila Razali, 25, tidak kisah dengan persepsi negatif sesetengah pihak.





Menurut Nabila, dia tidak malu dengan tindakannya memuatnaik gambar juga video berkenaan kerana semua itu memang merupakan sebahagian daripada perancangan dan strategi untuk mempromosikan muzik video terbaharunya, 'Pematah Hati'.

"Sejujurnya saya tak malu pun dengan video tersebut sebab saya anggap itu kerja. Ia sebahagian daripada proses dalam melaksanakan muzik video saya.

"Publisiti untuk muzik video kali ini memang nampak ia dengan cara yang kurang baik tetapi ini semua ini adalah gimik dan lakonan semata-mata dan memang dirancang.

"Bukannya publisiti yang sampai menjatuhkan maruah keluarga saya. Bagi saya perkara ini bukan satu isu sebab pihak pengurusan saya mengadakan sidang media untuk menerangkan segala-galanya.

Klik untuk gambar besar


"Dan daripada publisiti yang kurang baik ini, saya telah tunjukkan hasil kerja saya iaitu muzik video ini. Saya bukan semata-mata naikkan nama saya dengan publisiti tetapi tidak ada hasil kerja untuk dikongsi kepada peminat.

"Dengan publisiti ini juga orang yang tidak kenal siapa Nabila Razali sekarang sudah kenal tapi dengan cara yang berbeza," katanya.

Bagaimanapun bintang drama 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' ini menegaskan dia tidak berniat menipu peminat.

Kata Nabila, tindakannya memuatnaik gambarnya bersama Aedy dan kemudian memadamkan daripada Instagram adalah bagi menjadikan gimiknya itu lebih realistik.



Namun dia tidak menyangka perkara tersebut menjadi perbualan hangat ramai sehinggakan timbul dakwaan mengatakan mereka menjalin hubungan cinta.

"Saya cuma kata saya sedang mengenali hati budi dia semata-mata mahu mendapatkan keserasian sebab memang untuk lakonan dalam muzik video ini kami perlukan keserasian.

"Kami sekadar banyak berbual mengenai kerjaya lakonan masing-masing dan tidak sampai ke tahap terlalu peribadi. Saya buang gambar-gambar dia dari IG untuk nampak lebih realistik.

"Memang kebiasaannya perempuan akan muatnaik gambar kemudian akan delete dan itu adalah sebahagian daripada gimik. Gambar dia bersama perempuan lain itu pun juga memang sengaja dimuatnaik," jelasnya



Begitupun, Nabila mengakui selama beberapa minggu ini dia mula merasa tekanan apabila semakin banyak kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Malah, tak kurang juga pelbagai spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan Aedy. Bukan setakat netizen yang mengkritik malah dia juga turut dimarahi sebilangan peminat fanatik Aedy.

"Tetapi hari ini saya lega kerana semua yang saya terpaksa rahsiakan telah pun dapat diperjelaskan," tuturnya sambil mengukir senyuman.

Dalam pada itu, ditanya mengenai reaksi keluarganya mengenai gimik sebegitu, Nabila berkata sejak daripada awal dia sudah berbincang dan memaklumkan mengenai perancangan tersebut kepada keluarganya.




www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: