Pelakon dan pengacara Fouziah Gous memerusi laman Instagramnya telah berkongsi wajah serta nama anak keduanya yang dilahirkan pada 9 November lalu.

Fouziah dan suaminya, Zhafran Yusof telah sepakat memilih nama 'Zaheen Yusuf' untuk anak kedua mereka.
Saya ingin memperkenalkan our new Bundle of Joy. His name is Zaheen Yusuf bin Md Zhafran. picture ni di ambil sewaktu pertama kali saya mendukung Zaheen di Nursery selepas keluar labour room 😍..
"Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala doa dan ucapan dari kalian semua.. syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ saya & Zaheen sihat walafiat..
Klik untuk gambar besar

Selain itu, Fouziah turut berkongsi gambar majlis tahnik untuk Zaheen Yusuf yang diadakan sekitar pertengahan bulan November lalu.
Sementara itu, anak sulung pasangan ini, Muhammad Zeeshan telah genap usia dua tahun pada 26 November lalu dan majlis sambutan ulangtahun kelahirannya telah berlangsung baru-baru ini.















www.myartis.com / Sumber: Fouziah Gous IG
________________________

No comments:
Post a Comment