04 January 2018

AKUI GUNA LKM SARAWAK - ALIFF SYUKRI HARAP BERHENTI KECAM


"Memang saya salah sebab saya cuai dan akan bersedia membayar denda atas kesalahan ini," demikia kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang akhirnya mengakui kesilapan beliau menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) negeri Sarawak untuk kenderaan mewah Rolls Royce Ghost beliau.





Ketika ditanya lanjut mengenai kereta mewah jenis Rolls Royce yang baru-baru ini disita oleh pihak JPJ, kata Aliff dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' itu menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu iktibar buat dirinya.

"Saya harap mereka di luar sana tidak lagi mengecam saya atas kesalahan ini kerana sebagai manusia biasa saya juga melakukan kesilapan.

Klik untuk gambar besar


"Saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya. Tetapi pihak netizen juga kalau boleh janganlah menghukum saya ibaratnya saya membuat satu kesalahan yang besar seperti membunuh dan merogol," tuturnya.

Terdahulu, kereta mewah milik Aliff disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 1 Januari lalu dalam operasi bersepadu dijalankan di Bangsar.

Ketika ditahan, kereta disewakan jutawan tersebut dinaiki dua warga asing iaitu warga Australia yang turut diberkas Jabatan Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Selain didenda menggunakan LKM negeri Sarawak yang jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan, Aliff turut disaman kerana nombor plat kenderaan tersebut tidak mengikut spesifikasi.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: