06 January 2018

BILA BOY IMAN PULA ADA LAGU SENDIRI, 'MALAS NAK LAYAN'


"Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya 'musibah' pada diri saya. Untuk semua yang support dan haters saya.





"Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd," tulis pelakon 'Blok 404', Datuk Dr. Boy Iman yang juga turut mempunyai lagu sendiri seperti Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Bila lagu 'I Am Me' nyanyian Datuk Seri Vida berjaya dan mendapat respon yang hebat sehingga trending, mula ramai usahawan mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Ingin mengikut jejak langkah, Aliff Syukri menerusi lagu 'Abang Nak Tegur' bersama Nur Sajat dan juga isterinya, Datin Shahida turut berbuat demikian biarpun cubaan itu agak gagal.

Klik untuk gambar besar


Setelah 'Abang Nak Tegur' selesai dilancarkan, Nur Sjat pula akan keluarkan single terbaru bertanjuk 'Makhluk Penggoda' kali ini.

Terdahulu, nama Boy mula disebut apabila kontroversi penipuan hartanah melibatkan ratusan mangsa yang membuat laporan polis.

Semakin warna warnilah industri hiburan dengan lagu-lagu dari usahawan berjaya Malaysia selepas ini. Tak sabar rasanya nak dengar lagu baru Boy. Mana tahu mungkin suaranya sedap dan tidak auto tune.








www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: