05 January 2018

MV 'ABANG NAK TEGUR 3.0' BANYAK DISLIKE - SAJAT TAK TERKESAN


"Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!," ujar usahawan yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat yang tidak terkesan dengan jumlah 'dislike' yang diterimanya di YouTube menerusi muzik video terbaharu lagu 'Abang Nak Tegur 3.0'.





Kata Sajat, dia tidak ambil pusing tentang hal tersebut kerana berasakan jumlah tontonan lebih penting berbanding like atau dislike.

"Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi.

Video lirik lagu tersebut menerima lebih 350,000 dislike di laman YouTube sejak dimuat naik pada November tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Manakala, untuk muzik video 'Abang Nak Tegur 3.0' yang trending nombor dua di Youtube sejak dimuatnaik pada Selasa yang menggabungkan Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida bersama Sajat itu menerima 70K dislike berbanding likes yang hanya 29K.

Sementara itu, Sajat berkata dia mengabaikan sahaja komen-komen negatif yang dilemparkan netizen kepadanya. Tambahnya, dia hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberi sebaik-baiknya.

"Setelah dipelawa Datuk Aliff dan KRU untuk menyanyi lagu ini, saya cuba-cuba sahajalah. Saya bukan nak serius sangat dalam bidang ini.

"Saya hanya buat kerja dan selebihnya ditentukan oleh pendengar dan penonton di luar sana. Komen-komen negatif, abaikan sahaja.



"Saya sudah buat yang terbaik dan apa yang ditunjuk itu adalah hasil sepanjang penggambaran kami di Sepanyol," tuturnya.

Rata-rata penonton berasakan muzik video lagu tersebut bakal menerima jumlah dislike yang tinggi sama seperti video lirik kerana ada Sajat.

"Selesai dislike. Biarpun ada isteri Datuk Alif, tapi sebab Sajat ada, aku dislike juga!," tulis Khalil Abdullah.

"Ada Sajat, tetap dislike! Maaf, letaklah isteri Aliff sekali pun. Ada Sajat, aku tak akan like," komen Susah Senang pula.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: