05 January 2018

TUNGGU UJIAN DARAH - AJAK SHIRO BIMBANG ISTERI DIJANGKITI 'MERS-COV'


Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro iaitu Afifah Nasir telah dimasukkan ke hospital dan dikuarantin selepas mengadu sesak nafas serta demam tidak kebah selepas pulang dari mengerjakan umrah.





Ajak mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya dan memberitahu tiada apa-apa yang serius kerana isterinya itu berada dalam keadaan baik.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri saya, jangan risau tiada apa-apa yang serius dan dia sihat-sihat sahaja.

"Sebenarnya isteri saya demam selepas pulang daripada mengerjakan umrah dan terpaksa di kuarantin kerana bimbang virusnya merebak.

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini, dia masih dipantau oleh doktor dan belum boleh dibenarkan keluar daripada wad," kata Ajak ketika dihubungi Astro Gempak.

Katanya lagi, dia dan isteri sedang menanti keputusan darah untuk memastikan samada ada terkena jangkitan 'Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus' (MERS-CoV) atau tidak.

"Insha-Allah, esok keputusan darah keluar harap-harap tiada apa-apa yang serius," ujarnya.



Sementara itu, Afifah ketika dihubungi memberitahu yang dia berada dalam keadaan baik cuma mengalami sesak nafas.

"Semalam Ajak bawa saya ke hospital selepas saya mengadu sesak nafas dan demam tidak kebah sejak pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

"Selepas pemeriksaan dilakukan doktor tidak benarkan saya pulang kerana bimbang demam melarat," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: