"Assalamualaikum dunia. Alhamdulillah syukur Mohamad Dayyan dilahirkan pada jam 8.08pm 7/2/2018. 11 bulan beza dengan kak Aleena Rose. -2.85kg -53cm," kata pelakon yang popular menerusi drama bersiri 'Dia Semanis Honey', Nadya Syahera yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.

Menurut Nadya, bayi lelakinya yang diberi nama Mohamad Dayyan itu dilahirkan di Hospital Pakar DEMC Shah Alam.
Nadya mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya dan satu akaun Instagram khas untuk anaknya, @dayyanfn baru-baru ini.
Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan melahirkan cahaya mata sulungnya seorang perempuan, Aleena Rose pada awal Mac 2017.
Tahniah diucapkan kepada Nadya dan Fizul atas kelahiran cahaya mata kedua mereka ini.
Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Nadya Syahera IG, Fizul nawi IG, Aleena Rose IG & Mohamad Dayyan IG
________________________

No comments:
Post a Comment