Semua mengetahui mengenai pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang didakwa kerana terlibat dengan dadah jenis ganja sebelum ini.

Sejak berita itu, cetus spekulasi mengatakan rumah tangga beliau bersama isterinya pelakon dan penyanyi, Diana Danielle sedang bergolak.
Ada sesetengah netizen kurang yakin mahligai yang dibina oleh pasangan ini dapat bertahan lama apatah lagi dihimpit dengan pelbagai kontroversi.
Klik untuk gambar besar

Namun, semua itu hanya andaian belaka apabila beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram, jelas menunjukkan Farid dan Diana begitu bahagia sekali.
Aksi manja mereka berdua itu telah menjadi perhatian ramai dan sekaligus membuktikan cinta mereka masih lagi utuh.
Setiap rumah tangga pasti akan ditimpa dengan ujian, namun kita haruslah bijak untuk menangani masalah yang mendatang dalam perhubungan.














www.myartis.com / Sumber: Farid Kamil IG & Diana Danielle IG
________________________

No comments:
Post a Comment