29 March 2018

FESYEN 'BAJU BELANG' NEELOFA TERIMA KRITIKAN


Jika sebelum ini pelakon dan pengacara Noor Neelofa dikecam kerana isu pelancaran tudung di Zouk, terkini usahawan tersebut sekali lagi terima kritikan.





Kali ini, Neelofa dikritik berhubung fesyen yang digayakannya ketika majlis pelancaran koleksi tudung terbarunya, Naelofar Hijab sempena Aidilfitri itu dan ia telah menjadi bualan hangat.

Kata netizen, gaya itu kelihatan pelik walaupun Neelofa memakai seluar longgar dan pakaian itu dilihat seperti tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita muslimah.

Klik untuk gambar besar


Bukan itu sahaja, malah ada juga yang samakan fesyen baju belang bersama topi dan turban Neelofa itu seperti tentera China dan banduan.

Ada juga peminat yang mengharapkan Neelofa berpakaian seperti dulu yang memakai tudung dengan sempurna ketika di awal berhijab.

Ini bukan kali pertama fesyen Neelofa dikritik netizen kerana setiap pakaian yang digayakan olehnya dilihat seperti tidak kena di mata netizen.














www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: