09 March 2018

7 FOTO - LUAHAN 'BERMAKNA' ASHRAF MUSLIM BUAT ISTERI-ISTERINYA


"Mereka adalah wanita yang luar biasa buatku.. sentiasa memahami perjalanan hidupku yang berwarna-warni ini.





"Penguatku dalam ku susah dan senang. Nasihat dan kata-kata mereka membuatku berfikir untuk menjadi suami yang lebih baik dan lebih bijak.

"Terima kasih Allah kerana memberi amanah yang besar kepadaku untuk pastikan mereka dan keturunanku menjadi umat yang dekat denganMu. Setiap dalam solatku tak pernah tertinggal nama-nama ini dalam doaku.

"Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjaga mereka sepertimana orang-orang yang beriman sebelum ini. Amin..," demikian luahan pelakon Ashraf Muslim, 36, yang mengakui dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 30, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 33, merupakan penguat hidupnya.

Klik untuk gambar besar


Kata Ashraf, dia sangat bersyukur kerana kedua-dua isterinya sentiasa bersama tidak kira dalam keadaan susah atau senang.

Ashraf meluahkan isi hatinya menerusi laman Instagram miliknya bersempena dengan 'Hari Wanita Sedunia' semalam. Posting itu juga disertakan dengan hashtag #SetiapHariAdalahHariWanita.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut IGnya memuji sikap Ashraf yang menghargai kedua-dua isterinya itu.

Mereka juga turut mendoakan agar Ashraf, Dayana dan Sakinah kekal bahagian buat selamanya.












www.myartis.com / Sumber: Ashraf Muslim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: