09 March 2018

BERHAJAT AMBIL ANAK ANGKAT - ZULIN ASUH ANAK KAWAN


"Amanda adalah anak kepada teman baik yang bekerja dengan saya. Selepas mendapat persetujuan daripada ibu bapa Amanda, saya terpanggil untuk menjaga dirinya seperti anak sendiri.





"Bukan apa, disebabkan ibu bapa Amanda sibuk bekerja, saya bantu mereka dengan mengurus makan minum dan persekolahan Amanda.

"Lagipun, saya masih bujang dan tinggal sendirian, sedikit sebanyak, kehadiran Amanda dapat menyerikan kehidupan saya," kata penyampai radio, Zulin Aziz yang menemui titik noktah pencarian cinta dengan kehadiran anak kecil berusia tujuh tahun diberi nama Amanda.

Klik untuk gambar besar


Sudah lama berhajat mengambil anak angkat, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abd Aziz, 29, memilih mengasuh anak teman baiknya sendiri.

"Malah, saya yang beri nama Amanda kepada ibu bapanya. Saya dan Amanda cukup rapat. Cuma peranan saya hanya untuk membantu menjaga dia... Itu saja" ujarnya.

Zulin menjelaskan, dia hanya membantu menjaga kanak-kanak itu, tidak terniat langsung merampasnya daripada ibu bapa.



Mengaku berdamping dengan Amanda selepas dia dilahirkan, Zulin memberitahu bahawa kehadiran anak kecil itu mengubah dan mematangkan dirinya.

"Pada usia yang muda, Amanda berdikari dan mampu menguruskan dirinya sendiri. Ini menjadikan semuanya lebih mudah. Dia pun sudah besar dan faham apa yang berlaku di sekeliling," katanya.

Zulin berkata, dia mampu membahagikan masa untuk menjaga kanak-kanak itu kerana ketika bertugas di konti Suria FM, Amanda juga berada di sekolah: "Jadi banyak masa dapat saya luangkan bersama Amanda"




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: