17 March 2018

ALIFF SYUKRI AKUI AMBIL KESEMPATAN TERHADAP INTAN LIANA


"Saya kagum dengan semangat kental Intan... Dia cukup penyabar. Bagi saya, ini peluang terbaik untuk saya membantu dirinya mendapat sumber pendapatan.





"Iya, saya ambil kesempatan dan peluang daripada kontroversi yang melanda dirinya. Namun, ini semua untuk kebaikan Intan. Niat saya membantu Intan dan memberi bayaran sepatutnya...

"Memang saya mengambil kesempatan terhadap Intan ketika namanya sedang dikenali," tutur usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang mengaku sengaja mengambil kesempatan terhadap kontroversi rumah tangga Intan Liana bagi melariskan produk.

Bagaimanapun, Aliff memberitahu, beliau memberi layanan adil kepada ibu beranak dua itu dengan bayaran dibuat mengikut kadar model profesional.

Klik untuk gambar besar


Namun begitu, saya tidak mengambilnya menjadi model secara percuma. Saya membayar perkhidmatannya sebagai model tudung saya dan memberikan dia peluang serta rezeki baru.

"Bayaran yang saya berikan juga lebih mahal, tidak sama seperti model biasa. Saya membayarnya dengan harga sama seperti artis. Intan juga memberikan impak yang baik terhadap produk saya.

Tambah Aliff, Intan yang merupakan isteri pertama kepada pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude memberikan komitmen yang baik terhadap tugasnya sebagai model jenama tudung tersebut.

"Saya gembira kerana dapat mengenali Intan kerana dia sangat komited dalam menjalankan tugas. Dia mempunyai aura tersendiri dan boleh pergi jauh jika dia diberi peluang serta mahu memajukan diri," jelasnya.



Nama Intan mula menjadi sebutan apabila terbongkar kisah Ude atau nama sebenarnya, Mohammad Radzi Abdul Wahid, berkahwin secara senyap dengan pelakon, Izreen Azminda, pada 8 Ogos tahun lalu.

Kontroversi memuncak apabila Ude memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke atas Intan, pada 30 November lalu.

Khamis depan, Ude dijangka melafazkan talak selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin, menetapkan tarikh itu ketika prosiding, baru-baru ini.



Tambah Aliff lagi, Intan dilantik sebagai salah seorang model tudung selendang bertingkat, Aliff by Sha bagi tempoh enam bulan.

"Jualan saya meningkat 50 peratus... Saya gembira dengan perkembangan ini. Intan mendapat pulangan lumayan selain membuka peluang kerja baharu buat dirinya.

"Saya akui Intan masih baharu dan ada kalanya kekok, namun dia mempunyai pengikut sendiri. Penampilan jujur dirinya mencuri hati ramai pelanggan," katanya.

Aliff memberitahu, pihaknya menimbang melantik Intan sebagai duta produk syarikat berdasarkan prestasi ditunjukkan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: