17 March 2018

TAHNIAH - KIUT MUNCUL JUARA GEGAR LAWAK, BOLOT RM50,000


Gegar Lawak musim pertama yang diadakan di Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS, di Kuala Lumpur, malam semalam telah melabuhkan tiraikan selepas mengumumkan kumpulan Kiut sebagai juara.





Kiut yang dianggotai oleh Hanaffi, Zam dan Tapai itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi. Selain itu, mereka turut merangkul anugerah 'Man On Demand' buat kali kelima.

Manakala satu-satunya peserta wanita, Eyya diumumkan sebagai naib johan yang memenangi wang tunai sebanyak RM25,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Abata yang dianggotai Alham, Mus dan Ilham dengan hanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan trofi.

Klik untuk gambar besar


Sementara Padil dan kumpulan duo, 2B yang dianggotai Lokman Harmin dan Weera terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kelima yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 dan trofi.

Pada pentas akhir tersebut, peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan dengan Bebas dan Muzikal. Semua finalis Gegar Lawak diadili 70 peratus juri profesional dan 30 peratus undian penonton.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik-Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos, manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap manakala Nabil Ahmad sebagai juri jemputan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: