05 March 2018

JUARA BBB 2018 - MARK ADAM BAHAGI RM100K KEPADA FINALIS


"Harap, rakan-rakan boleh memanfaatkannya dengan bersedekah kepada anak yatim atau mereka yang memerlukan," demikian kata penyanyi Mark Adam yang telah dinobatkan sebagai juara Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB 2018) malam semalam.





Kemenangan itu telah melayakkan penyanyi yang berasal dari cebu, Filipina itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000.

Sebaik bergelar juara, Mark membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dia mahu berkongsi sebahagian hadiah kemenangannya itu dengan empat finalis lain iaitu Syuk, Ajak, Achey dan Issey.

Mark memberikan RM15,000 setiap seorang kepada empat peserta lain dan bintang tersebut hanya mengambil RM40,000 sahaja.

Katanya, perkara itu (mahu berkongsi wang kemenangan) pernah dibincangkan dengan mereka yang bertanding bersamanya pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2.

Klik untuk gambar besar


"Saya rasa seronok dan gembira dengan kemenangan ini. Sebenarnya perkara ini pernah dibincangkan bersama. Sebab tak ada letak harapan untuk menang, saya mahu buat yang terbaik. Jadi bila diumumkan sebagai pemenang dan inilah yang saya mahu lakukan.

Selain berkongsi hadiah kemenangan, Mark turut memuji pasangannya pada malam itu, Khir Rahman yang disifatkan sebagai seorang yang cukup komited.

Pada masa sama, dia turut merakamkan ucapan terima kasih buat para peserta lain yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri.

"Kami saling membantu sepanjang program berlangsung dan tiada istilah untuk bertanding. Hanya buat yang terbaik untuk kepuasan diri dan penyokong.



"Malam ini adalah rezeki saya dan tidak salah untuk saya berkongsi rasa gembira dengan yang lain," tuturnya.

Sementara itu, untuk malam akhir , peserta diadili juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. Penghakiman mereka mewakili 70 peratus manakala selebihnya undian atas talian.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 yang dihoskan oleh AG Kool FM itu adalah medan peperangan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam.

Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang terkeluar pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu. Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: