13 March 2018
MOHON PADAM 'BIGO' - FATHIA TAK MAHU GENERASINYA TONTON
"Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuatnaik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.
"Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube. Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut.
"Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna," kata pelakon Fathia Latiff, 30, yang meminta agar pihak yang pernah memuatnaik video tariannya di Bigo dipadamkan selepas kesal di atas kesilapan lalu.
Menurut Fathia, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengajaran besar buat dirinya. Maka dari itu, dia nekad mahu berubah.
Ujarnya, dia tidak mahu terus dibayangi kisah lalu dan mahu berubah menjadi seorang individu yang lebih baik selepas ini.
Klik untuk gambar besar
"Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang.
"Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Fathia bakal muncul dengan single baru dan dikhabarkan bakal memulakan pengambaran drama tidak lama lagi.
Sebelum ini nama Fathia hangat dalam kalangan netizen apabila pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment