12 March 2018

AIR MATA ZIANA JATUH - PEMINAT SAMBUNG NYANYI 'PUNCAK KASIH'


Semalam di Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot, suasana menjadi pilu apabila penyanyi Ziana Zain tidak mampu mengawal kesedihan sehingga menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu popularnya, 'Puncak Kasih'.





Semua mengetahui mengenai suami Ziana iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, yang ditahan atas dakwaan memukul anak lelakinya pada jam 4 pagi, dan laporan itu dibuat sendiri oleh Ziana.

Bagaimanapun, suami Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, 50, mengaku tidak bersalah dan telah diikat jamin oleh adiknya sebanyak RM5,000.

Penonton memberi kata-kata semangat ketika Ziana tidak mampu meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik dimainkan walau cuba dinyanyikan tetamu.

"Saya kuat dan terima kasih atas sokongan semua. Bukan senang menjadi seorang public figure. Walau apa pun berlaku hidup perlu diteruskan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon filem 'Sembilu' itu kemudian terus meninggalkan majlis sejurus selesai persembahan, mungkin mengelak bertemu media.

Terdahulu, baru-baru ini suami Ziana ditahan atas dakwaan memukul anak lelakinya pada jam 4 pagi, dan laporan itu dibuat Ziana sendiri. Bagaimanapun suaminya mengaku tidak bersalah dan telah diikat jamin oleh adiknya.

Namun sehingga kini status dan masalah sebenar rumah tangga penyanyi itu masih menjadi tanda tanya, dan Ziana juga masih mengunci mulut andai terdapatnya kemelut dalam rumah tangganya kini.

Semoga Ziana tabah menghadapi apa jua dugaan yang dihadapinya sekarang dan diharapkan ianya dapat diselaikan dengan baik.






ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: MMO - Youtube: Jebart Media


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: