16 March 2018

SEJAK POPULAR: "TERIMA MESEJ GODAAN & FOTO LUCAH" - SAJAT


Mendedahkan dia kerap menerima mesej godaan dan ayat-ayat berbaur lucah daripada lelaki tidak dikenali di laman sosial, usahawan kosmetik, Nur Sajat, 32, berkata, kiriman tersebut bukan sahaja dihantar secara peribadi kepadanya malah wakil stokis dan ejen perniagaan turut menerima mesej serupa.





"Sejak semakin popular ni, banyak betul mesej godaan termasuklah foto lucah yang saya terima di WhatsApp dan Instagram.

"Mereka bukan sahaja hantar kepada saya, wakil stokis turut terima kiriman sama. Mungkin mereka menyangka nombor telefon yang tertera di Instagram itu nombor Sajat kut?

"Bila kita tak layan permintaan mereka, mulalah jadi haters dan komen yang bukan-bukan di laman sosial tersebut," katanya ketika ditemui semasa sidang media Nur Sajat rated xtra @ Tonton.

Klik untuk gambar besar


Program vlog yang berkonsepkan rakaman realiti mengenai kisah peribadi dan perniagaan Sajat itu boleh ditonton menerusi portal Tonton sejak 28 Februari lalu.

Sementara itu, Sajat berkata dia lebih selesa mengabaikan mesej-mesej berbentuk negatif itu dan menganggap ia hanya usikan nakal peminat.

Bagaimanapun, jika individu berkenaan bertindak keterlaluan, usahawan yang juga bergelar penyanyi itu tidak teragak-agak untuk memberi pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Selalunya saya abaikan sahaja mesej tidak berfaedah macam itu, kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Tak fasal-fasal nama kita juga yang buruk nanti.



"Kalau melampau sangat, saya akan block (sekat) akaun tersebut dan jika perlu saya akan tularkan akaun itu sebagai pengajaran," ujarnya.

Bercakap mengenai lagu baharunya berjudul 'Makhluk Penggoda', Sajat mengakui sudah bersedia dengan kecaman yang bakal diterimanya kelak.

Dia juga tidak mahu ambil pusing dengan sebarang kritikan dan hanya mahu memberikan persembahan terbaik untuk lagu tersebut.



"Lagu pertama dulu pun kena kritikan hebat, jadi untuk lagu kedua saya dah bersedia dengan sebarang kecaman.

"Biasalah kita tak boleh nak puaskan hati semua orang dan saya sertai bidang nyanyian ini hanya suka-suka. Yang peliknya, walaupun netizen tak suka, mereka tetap nak tengok kan?," tuturnya.

'Makhluk Penggoda' merupakan ciptaan Aepol Roza dan lirik Iman Imran turut menampilkan gandingan Aliff Syukri dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, lagu 'Abang Nak Tegur' yang turut menampilkan dua figura ini dikecam hebat netizen dan menerima jumlah tanda tidak suka (dislike) paling tinggi di laman YouTube.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: