16 March 2018

BANTU DIRINYA BANGKIT - INTAN LIANA UCAP TERIMA KASIH


Walaupun suaminya, Ude Wahid memfailkan perceraian terhadapnya dua minggu setelah dia mengetahui tentang perkahwinan rahsia dengan pelakon Izreen Azminda, Intan Liana boleh dikatakan seorang yang kuat menghadapi kesedihan.





Isu perceraian mereka hanya terbongkar apabila Intan dan Ude hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 28 Februari lalu untuk menguruskan hal tersebut setelah ia difailkan Ude pada 30 November tahun lalu.

Intan mendakwa pernah menghantar mesej kepada Izreen mengatakan dia menerima aktres itu sebagai madunya dan ini diketahui oleh Ude, namun Ude tetap memfailkan perceraian dengan alasan sudah tiada hati dengan isteri pertamanya.

Terkini, Intan yang sebelum ini menjadi suri rumah sepenuh masa telah memuatnaik status mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, semangat dan bantuan dalam merealisasikan kebangkitannya disertai hashtag #bondabangkit.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman anda, Intan kini menjadi model tudung untuk Datuk Seri Aliff Syukri, terbabit dengan penggambaran iklan serta membuat ulasan produk berbayar di Instagram, antaranya ulasan produk kosmetik.

Intan kini mempunyai 231,000 pengikut di Instagramnya, @__iiiintan.saleh. Majoriti pengikut memberi semangat dan sokongan kepada Intan termasuk ramai membeli produk yang disyorkan olehnya untuk membantu wanita itu.

Tahniah diucapkan kepada Intan Liana atas kebangkitannya, tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Siapa tahu, ada sinar kebahagiaan lebih besar menanti Intan Liana selepas ini, kan?




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: