16 March 2018

IBU MASIH 'SINDIR' : "TAWAR HATI KETIKA TUNANG" - BAPA ELFIRA


"Dari hari pertama menipu sampailah hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah? Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan.





"Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan.

"Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai," demikian kata-kata ibu Elfira Loy, Filzah Yusoff yang terus mencetuskan spekulasi mengenai pertunangan anaknya dan Sufian Suhaimi yang putus.

Dalam kenyataan itu, ibu Elfira mempersoalkan sikap seorang individu yang suka menipu. Tidak pasti sindiran itu ditujukan kepada siapa?

Klik untuk gambar besar


Sejak kelmarin, Filzah aktif meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang yang dipercayai Sufian. Sebelum ini, Filzah menyebut mengenai isu permintaan wang hantaran yang tidak mampu ditunaikan Sufian.

Akaun nama Mamacat2016 itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata menempelak tindakan wanita itu. Keadaan itu membuatkan Filzah bertelagah dengan netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Selain ibu Elfira Loy, bapanya, Ahmad Sabri Ariffin turut bersuara apabila mendedahkan ketika majlis pertunangan berlangsung, hati kecilnya sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Malah perjalanan majlis juga tidak lancar seolah memberi petanda tidak baik tentang hubungan mereka.



"Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut”

"Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

"Kira-kira dua bulan selepas bertunang saya berbincang dengan ibu Elfira untuk tidak meneruskan hubungan mereka," tuturnya.



Biarpun isterinya sendiri membangkitkan soal wang hantaran baru-baru ini, namun Sabri tetap bertegas bahawa wang hantaran bukan punca perpisahan anaknya dan Sufian. Jelasnya, pihak keluarganya juga tidak pernah meminta-minta tentang wang hantaran sebelum ini.

"Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran tinggi menjadi punca. Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini," ujarnya.

Nampaknya sekarang sudah terbalik, kalau dulu pihak Elfira yang meminta pihak Sufian untuk tidak memberikan kenyataan kepada media tetapi kini pihaknya pula yang banyak meluahkan rasa hati yang terbuku. Hmm..


www.myartis.com / Sumber: mStar & Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: