16 March 2018

HARI LAHIR KE-23 - SUAMI HADIAHKAN EINA KERETA MERCEDES


Wahhh... untungnya menjadi seorang Datin Paduka Eina Azman apabila menerima hadiah istimewa iaitu sebuah kereta mercedes dari suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-23 pada 13 Ma lalu.





"Syukur Alhamdulillah... Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya.

"Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik," kata Eina yang berkongsi kegembiraan di Instagram.

Majlis sambutan ulangtahun kelahiran Eina telah dianjurkan oleh suaminya dan antara selebriti yang menghadiri majlis itu ialah Emma Maembong.

Klik untuk gambar besar


Ramai pengikutnya mengucapkan tahniah dan menyatakan betapa beruntungnya dia mendapat seorang suami yang begitu menyayangi dirinya.

Bulan lalu, suami Eina menghadiahkan jam tangan jenama Rolex kepada Arianna dan Karl apabila mereka menyambut hari jadi yang kedua tahun, bulan lalu.

Selamat hari lahir kami ucapkan kepada Eina dan semoga kamu berdua berkekalan hingga ke syurga.






www.myartis.com / Sumber: Eina Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: