16 March 2018

SYAMSUL YUSOF & BLACK BERSATU DALAM 'SELAMAT TINGGAL MASA'


Jika sebelum ini, pengarah, pelakon dan juga penyanyi, Syamsul Yusof lebih banyak bekerjasama dengan Mawi dalam sesebuah lagu, namun kali ini berbeza apabila memilih penyanyi bersuara tinggi, Black Hanifah pula berkolaborasi bersamanya.





Difahamkan, kolaborasi antara Syamsul dan Black telah dirancang sejak awal tahun 2017 dan ia terlaksana melalui 'Selamat Tinggal Masa'.

Lagu ciptaan sendiri oleh Syamsul ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupunya Dr. Anwar Fazal yang turut menulis bagi lagu-lagu hits 'Kalah Dalam Menang', 'Senorita' dan 'Bukan Propaganda'.

Sudah mulai trending di laman YouTube sejak 5 hari lalu, kekuatan lagu ini yang sarat dengan mesej positif menjadi antara faktor ia diterima ramai. Pelayar turut memberikan komen positif tentang lagu dan kolaborasi baru ini.

Klik untuk gambar besar


'Selamat Tinggal Masa' terbitan & edaran Monkey Bone ini sudah boleh dilayari di YouTube dengan jumlah tontonan mencecah 500,000. Juga terdapat di platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, KKBox, Joox, Raku, Younder dan Deezer

Sementara itu, ramai yang bercakap tentang kehebatan filem terbaru terbitan Skop Production arahan Syafiq Yusof, 'KL Special Force'.

Garapan yang dianggap setanding filem hollywood ini telah merekod jualan pecah panggung 6.3 juta dalam masa 7 hari tayangan.

Tidak sah sesebuah filem sekiranya tidak disertakan dengan runut bunyi sebagai salah satu cara promosi. Maka terhasilnya 'Selamat Tinggal Masa' yang dilancarkan pada 8 Mac lalu.


'SELAMAT TINGGAL MASA' NYANYIAN SYAMSUL YUSOF & BLACK



www.myartis.com 


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: