22 April 2018

15 FOTO: NIKAH KALI KEDUA - DYNAS KINI ISTERI SHAZRIK


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Dynas Mokhtar, 35, yang telah selamat bernikah kali kedua dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, pagi semalam.





Pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Shah Alam itu menyaksikan Dynas dinikahkan bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd.

"Kata-kata dan amanat diberikan ibu membuatkan saya tewas dan menangis walaupun pada awalnya cuba memujuk hati agar tenang dan tidak menangis," katanyao.

Dalam majlis tersebut, Dynas tidak dapat menahan perasaan hiba sebaik saja ibunya berbisik sesuatu kepadanya selepas sebaik selepas sah lafaz nikah.

Klik untuk gambar besar


Pada majlis itu juga, Dynas menerima tujuh dulang hantaran termasuk mas kahwin RM1001, wang hantaran RM30,000 beserta set barangan kemas serba satu dari pengantin lelaki.

Dia kemudian membalas sembilan dulang termasuk rawatan lasik berjumlah RM13,000 yang dilakukan, Selasa lalu.

Majlis pernikahan dihadiri 150 jemputan terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.



Menariknya, pembawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan terdiri daripada rakan artis iaitu Yasmin Hani, Aisyah Sinclair, Daphne Iking, Atilia dan Sazzy Falak manakala Scha Alyahya sebagai pengapit.

Dynas dan Shazrik berkenalan empat tahun lalu, membuat keputusan bernikah selepas melangsungkan pertunangan 26 Oktober lalu.

Pasangan itu mengadakan majlis resepsi di lokasi sama. Manakala, majlis bertandang pula akan diadakan pada 28 April di Damansara dan satu lagi resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar yang bercerai empat tahun lalu itu dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.


























www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: