22 April 2018

ISU FOTO ANU: "SAYA BELUM GILA, INI KERJA HACKER" - ZUL


Selain terkejut apabila foto alat sulit dimuatnaik pada aplikasi Instagram Story miliknya kelmarin, pelakon Zul Ariffin berkata, dia juga terkedu ketika dimaklumkan perkara itu daripada seorang rakan dan menganggap tindakan 'hacker' itu sesuatu yang 'gila'.





"Itu bukan anu saya. Takkan saya nak muat naik gambar kemaluan di sosial media. Ini semua kerja gila 'hacker' yang sengaja mahu memalukan dan mensensasikan keadaan," kata pelakon Zul Ariffin.

"Selalunya 'hackers' akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

"Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

"Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Zul, sebaik menerima laporan itu dia mengambil langkah awal memadan dan menukar kata laluan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

"Kalau kawan saya tidak hubungi pasti banyak lagi gambar yang akan dimuatnaik. Saya sudah menukar kata laluan supaya 'hackers' tidak dapat menembusi akaun peribadi saya.

"Agak-agaklah saya nak muat naik gambar anu di IG. Saya seorang yang sangat berhati-hati ketika memuat naik gambar atau meletak kapsyen kerana sosial media ini segala benda pantas menjadi viral kalau ada yang tidak kena.

"Saya nak muat naik gambar yang nampak lutut pun saya berhati-hati, inikan pula gambar anu. Saya belum gila nak buat itu semua," ujarnya.

Tambah Zul, kejadian menimpanya membuatkan dia fobia dan akan lebih berhati-hati untuk mengendalikan akaun Instagram peribadinya.



"Sebenarnya sudah beberapa kali IG saya pernah hampir digodam tetapi mereka tidak berjaya menembusinya.

"Pernah dulu beberapa kali akaun saya tidak boleh dibuka, namun dengan bantuan kelab peminat mereka berjaya mendapatkan semula IG saya kerana saya tidak terlalu mahir menggunakan sosial media ini.

"Tak sangka selepas beberapa kali mereka cuba menceroboh akhirnya gambar anu yang dimuatnaik," katanya.

Ditanya adakah dia akan membuat laporan polis, Zul bagaimanapun memberitahu dia sudah membuat aduan di Instagram.

"Kalau saya buat laporan polis belum tentu dapat mengenal pasti dalang yang menceroboh akaun saya. Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan hina ini. Kalau saya tahu senang untuk saya buat laporan," tuturnya.



Terdahulu, kecoh mengenai berita penyebaran foto alat sulit yang didakwa dimuatnaik Zul pada aplikasi Instagram Story miliknya.

Kekecohan bermula apabila salah seorang pengguna Twitter berkongsi paparan skrin atau 'screenshot' daripada Instagram Story Zul yang berkongsi foto yang menampakkan alat sulit lelaki, jam 8 malam kelmarin.

Bagaimanapun, foto anu yang sehingga kini tidak diketahui milik siapa itu telah dipadamkan dua minit kemudian.

Jadi, buat peminat semua, anda boleh menarik nafas lega kerana apa yang mungkin anda sudah lihat sebelum ini adalah kerja penggodam. Macam-macam hal betul melanda Zul ketika ini, semoga dia bertabah.

Terdahulu, bekas teman wanitanya, pelakon Zahirah Macwilson menafikan dia ada kena-mengena dengan perbuatan menggodam akaun Zul seperti yang dispekulasi oleh netizen.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: