12 April 2018

HADIAH ANNIVERSARY - FAYE & SUAMI TIMANG ANAK LELAKI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Faye Kusairi dan suaminya, Azmi Hatta yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada 9 April 2018 (Isnin) iaitu tarikh ulangtahun pertama perkahwinan mereka.





Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkongsi berita gembira dan wajah cahaya matanya itu menerusi laman Instagram pada Khamis.

"Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti. Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami.

"Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama," tulisnya.

Pelakon filem 'Tombiruo: Penunggu Rimba' ini memberitahu dia dan bayi lelakinya dalam keadaan sihat.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya, dia terlewat berkongsi berita tersebut dengan peminatnya disebabkan masih lagi berasa penat selepas melahirkan anak sulungnya.

Dalam pada itu, Faye akan mengumumkan nama putera sulungnya dalam masa terdekat dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan mereka berdua.

"Syukur Alhamdulillah, mommy dan baby sihat. Mommy masih lagi penat sikit, tu yang lambat berkongsi.

"Maaf ya? Nanti-nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby," ujarnya.



Rata-rata pengikutnya di laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Faye dan suaminya.

Faye berkahwin dengan pengarah itu pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan penyanyi Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, Azmi dan Elly dikurniakan seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.

Azmi turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Azam, 17 dan Aqif, 16 tahun, hasil perkahwinan pertama dahulu.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Faye Kusairi IG



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: