Semua mengetahui mengenai gosip cinta diantara Mira Filzah dan Zizan Razak yang kini agak senyap seketika dari radar dunia hiburan.

Mira, 25, ketika ditanya mengakui mereka masih berkawan rapat dan jelasnya, andai ada berita baik mengenai hubungan mereka, dia tidak akan merahsiakannya.
Menurut pengacara Nona di TV3 dan pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia akui mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.
"Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu. Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti," tuturnya.
Klik untuk gambar besar

Turut menyambut ulantahun kelahirannya baru-baru ini, Mira ada memaklumkan menerima hadiah dari 'teman rapatnya' itu. Tetapi empunya badan lebih selesa merahsiakan bentuk hadiah yang diterimanya baru-baru ini.
"Biarlah saya merahsiakan hadiah yang diberikannya pada saya," jelasnya apabila ditanyakan mengenai hadiah yang diterimanya dari Zizan sempena ulangtahun kelahiran beliau baru-baru ini.
Alangkah bestnya kalau dapat tahu apa hadiah yang diberikan oleh Zizan, pastinya istimewa kan. Bagi sesetengah orang memang tidak suka menghebohkan hubungan cinta sebelum ianya menjadi pasti.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment