15 April 2018

LINDA RAFAR 'GERAM' DIKUTUK & DIGODA OLEH REMAJA LELAKI


"Boikot budak ini, kutuk saya di Instagram dan Facebook lepas tu hantar mesej peribadi nak gatal-gatal.





"Jangan sampai aku lapor polis kau buat gangguan dalam hidup aku dan hantar mesej kotor!" tulis penyanyi dan pelakon Linda Rafar yang berang apabila seorang remaja lelaki sering memberi komen negatif di laman sosial cuba menggodanya menerusi mesej peribadi.

Linda atau nama penuhnya Azlinda Rafar, 40, berkata, perkara itu dianggap biadap dan tidak menghormatinya sebagai wanita yang sudah berkahwin.

Isteri kepada pelakon Syed Aiman ini turut memuatnaik akaun individu terbabit yang menggunakan nama @faieezyahyaa88 di akaun miliknya.

Klik untuk gambar besar


Kakak kepada pelakon Diana Rafar itu memberitahu tidak mengetahui apa niat sebenar individu itu berkelakuan sedemikian.

Sebelum itu, individu berkenaan menulis komen meminta orang ramai memboikot Linda berikutan berpakaian tidak mengikut kehendak Islam.

"Dia mental berani betul kutuk dan komen dalam IG suruh boikot Linda Rafar kerana tak ikut syariat Islam, dia mengaku budak AF (Akademi Fantasia) lepas tu nak mengatal," tulisnya lagi.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: