16 April 2018
PENAJA TARIK DIRI - NABIL TETAP BAWA PEMINATNYA TUNAI UMRAH
Pelawak, pengacara dan pelakon Nabil Ahmad telah mengambil alih dengan membayar pakej umrah sepenuhnya selepas syarikat yang sepatutnya menaja dirinya dan peminat-peminat untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini, akhirnya menarik diri.
Nabil ketika ditemui di majlis kesyukuran bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-10 dalam industri seni tempatan itu memberitau yang dia tetap merealisasikan impian tiga peminat beliau yang bertuah.
"Insha Allah mereka akan berlepas pada awal Ramadan ini, selama 10 hari di Mekah. Kalau ada rezeki saya akan teruskan program ini, pada tahun hadapan.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin kita bawa dalam 10 orang kalau rezeki saya pada tahun 2018 ini betul-betul menjadi, memang saya nak hantar.
"Pasal saya nak balas balik atas apa orang dah buat dekat saya. Saya pergi umrah dan haji orang hantar percuma dan setiap kali saya buat umrah semua 10 malam terakhir.
"Belanjanya banyak mana, takkan saya tak boleh cari sikit untuk cuba membantu," tutur Nabil yang akan memasuki usia 35 tahun pada bulan September depan.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment