21 April 2018

SUFIAN AKUI RAMAI WANITA 'OFFER' JADI KEKASIHNYA


Mengakui ada peminat wanita yang pernah menawarkan diri untuk menjadi teman wanitanya, namun penyanyi Sufian Suhaimi berkata bahawa tawaran itu dianggap sebagai satu jenaka dalam kalangan peminatnya sahaja.





"Saya akui memang ada wanita yang 'offer' untuk jadi teman wanita saya tetapi rasanya itu sekadar usikan peminat sahaja. Mungkin mereka mahukan saya rasa gembira, ceria dan rasa 'wanted'. Tidak ada yang serius pun.

"Fokus saya sekarang untuk kerjaya semata-mata dalam bidang muzik dan saya tak mahu perhubungan menjejaskan fokus saya sekarang," katanya.

Sufian sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada Oktober 2017 bagaimanapun telah putus pada Februari lalu, sebulan menjelang hari pernikahan mereka.

Sufian yang kini sedang tular dengan lagu 'Di Matamu' itu memberitahu sedang mencari material baharu untuk single selepas ini.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Sufian juga terbabit sebagai juri untuk pencarian bakat nyanyian 'Cover Star ERA 2018'.

Seramai 10,000 penyertaan telah diterima dan Sufian hanya memilih tiga finalis terbaik untuk berentap pada pusingan akhir 27 April ini.

Sejak Sufian putus tunang, kami pasti bukan sahaja lagunya sahaja laris tetapi tuan empunya badan turut menjadi kegilaan ramai.

Apapun, baguslah kalau Sufian mahu terus menumpukan perhatian kepada kerjaya dan tidak terlibat dengan masalah emosi lagi. Kadang-kadang percintaan baru bukanlah solusi terbaik untuk melupakan luka lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: