05 May 2018

2 MINGGU DIPENJARA - AZRI KINI BEBAS, AKUI SERIK


Pada Khamis lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) iaitu Azri, 31, sudah dibebaskan setelah dua minggu menjalani hukuman penjara atas dakwaan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.





Dalam pada itu, Azri mengakui pengalamannya meringkuk di sebalik tirai besi banyak memberikan beliau pengajaran. Ia turut menimbulkan rasa kekesalan dalam diri Azri sehingga membuatkan beliau merasa serik.

"Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Tiada apa yang menarik pun di dalam penjara.

"Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini," tuturnya yang syukur.

Klik untuk gambar besar


Azri berkata beliau akan lebih menghargai isteri tercinta, Salma yang merupakan bekas peserta Mentor dan anak-anaknya selepas ini.

Untuk makluman, Azri dan Salma berkahwin pada 31 Januari 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Salma juga mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kes ini. Berhenti mengecam dan kalau boleh doakan yang terbaik sahaja buat mereka sekeluarga selepas ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: