05 May 2018

ANAK KANDUNG DIKATA ANGKAT - ISTERI ALIFF SYUKRI PERJELASKAN


"Ramai sangat dm saya tiga-tiga ni @qadejah @ammarahyan @baem_adham ni anak angkat juga ke? Siap tanya ambik dekat mana.





"Mereka anak kandung saya semua. Kesian tak pasal-pasal kan. Ammar Ahyan saya bersalin waktu umur 23 tahun, Qadejah ketika saya berumur 25 tahun dan Ibraheem ketika berumur 27 tahun.

"Jadi sekarang saya sedang hamil anak yang keempat. Semua bersalin secara normal. Jadi jangan lah salah faham lagi ya," demikian perjelasan isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Nur Shahida menerusi laman Instagramnya.

Baru-baru ini, timbul cerita yang tak berapa sedap didengar apabila ada pihak mendakwa tiga anak kandungnya itu dikatakan anak angkat.

Klik untuk gambar besar


Semua sedia maklum pengasas D'Herbs dan isterinya mempunyai tiga orang anak kandung dan dua orang anak angkat.

Berikutan itu, Shahida membuka mulut menjawab spekulasi tersebut, malah ada yang berani bertanya di mana mereka mengambil ketiga-tiga anak tersebut.

Rata-rata netizen berang dengan pertanyaan yang tidak masuk akal itu. Ada yang mengatakan sudah jelas membuktikan mereka adalah anak kandung memandangkan wajah ketiga-tiganya seiras ibu bapa mereka.




















www.myartis.com / Sumber: Nur Shahida IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: