05 May 2018

7 FOTO - AZRINAZ KEMBALI BERGELAR ISTERI 1 MEI 2018


Menerusi laman Instagram, personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim, 39, telah mengesahkan bahawa dirinya itu sudah kembali bergelar isteri pada 1 Mei lalu (Selasa).





Dalam status tersebut, Azrinaz memberitahu dia selamat bernikah dengan jejaka bernama Fairos Khan Abdul Hamid yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu.

Tambahnya, jejaka tersebut memahami dirinya dengan latar belakang kehidupan dan kerjaya dalam dunia penyiaran.

"Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang dengan memahami naluri saya sebagai manusia biasa yang mempunyai kehendak dan perasaan.

Klik untuk gambar besar


"Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua," katanya dalam kenyataan semalam.

Azrinaz berkata, beliau tidak pernah sesaat sekalipun melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakandanya.

"Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan," tuturnya yang mengaku mula rapat dengan Fairos sejak setahun lalu.

Menurut kenyataan itu, majlis pernikahan diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup di Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga terdekat.



Mempelai dinikahkan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa Azrinaz.

Bekas pembaca berita TV3 yang memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berkongsi lebih awal berita pernikahannya itu berkata yang dia tidak mencari material dalam kehidupannya.

"Cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.



"Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan-rakan media terlebih dahulu mahupun sahabat-handai.

"Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih 'privacy' begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti," ujarnya yang turut berkata perancangan majlis perkahwinan hanya dibuat sejak dua bulan lalu.

Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid yang dikenali sejak 20 tahun lalu tetapi kembali menjalin hubungan setahun lalu.

Untuk rekod, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Azrinaz Mazhar Hakim IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: