05 May 2018

ISU WANITA HAMIL ANAK PEMUZIK ROCK: "TUNJUK BUKTI" - AWIE


"Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.





"Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis," tegas vokalis Wings, Datuk Awie yang meminta wanita itu mengemukakan bukti dan tidak bersembunyi di sebalik purdahnya.

Sebelum ini, seorang wanita mendakwa dirinya hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock.

Wanita itu meminta individu tersebut yang kononnya seorang pemuzik Wings bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya yang kini mencecah lima bulan.

Klik untuk gambar besar


Awie ketika diminta mengulas isu itu memberitahu pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya dakwaan itu fitnah.

Dalam pada itu, Awie berkata, kontroversi itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baik dan kredibiliti Wings.

"Dakwaannya itu bukannya sahaja membabitkan seorang individu tetapi melibatkan anggota lain dalam Wings dan boleh jadi ia merupakan agenda menjatuhkan kami.



"Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya... Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah," ujarnya.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

"Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar, saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya," kata Awie.

Dalam perkembangan lain, Wings bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena Ramadan di Hotel Priemera Kuala Lumpur pada 26 Mei ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: