24 May 2018
ISU DAKWAAN 'PENJARAKAN' - FAYE MAHU ELLY TUNJUK BUKTI
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein baru-baru ini menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa terkilan dengan bekas suaminya, Azmi Hatta.
Dalam kenyataan itu, Elly mendakwa bahwa Azmi yang bukan saja tidak memberikan nafkah anak, malah membuat tuntutan mahu beliau dipenjarakan di atas sebab tidak bertanggungjawab terhadap anak.
Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak pengarah drama itu sendiri. Namun, isterinya, pelakon Faye Kusairi akhirnya membuka mulut apabila ada netizen yang bertanyakan tentang isu tersebut.
Menerusi jawapan yang diberikan, Faye dilihat mempertahankan suaminya dan meminta agar Elly mengemukakan bukti kukuh tentang dakwaan bahawa suaminya mahu beliau dipenjara.
Klik untuk gambar besar
Menurut Faye, kes yang difailkan bukanlah mahu penjarakan Elly, tetapi ia berikutan kesalahan Elly yang melanggar perintah mahkamah.
Tambah Faye lagi, dia meminta agar netizen tidak tuduh melulu dan periksa fakta terlebih dahulu sebelum menghentam.
"Setahu sayalah, kes yang difailkan bukan pasal nak penjarakan dia. Kes yang difailkan atas kesalahan dia langgar perintah mahkamah. Fakta kena betul.
"Minta dia tunjuk bukti kata suami saya nak penjarakan dia. Hal mahkamah jangan diputar belitkan.
"Tak ada siapa nak pisahkan dia dgn anak atau penjarakan dia, mintalah dia tunjukkan bukti kalau betullah suami saya nak penjarakan dia," tulis Faye menjawab persoalan yang ditanya netizen.
Faye juga turut memberikan cadangan agar netizen meminta Elly sendiri kemukakan bukti tentang isu tersebut.
Diharap dalam bulan mulia ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak timbul pertelingkahan.
Tindakan Faye bangkit mempertahankan hak suaminya itu mengundang komen netizen yang mengungkit kisah 'perampas suami orang'.
"Memanglah tak mengaku. Memang saya tak kacau laki orang. Lainlah orang tu... Dahlah kacau laki orang sampai laki orang tu bercerai. Dah tu kacau lagi bekas bini orang tu.
"Periksa fakta dulu sebelum suka-suka hentam orang. Banyak bukti dalam poket saya," tambah Faye yang berkahwin dengan Azmi pada April 2017.
Untuk makluman, Elly dan Azmi telah mendirikan rumah tangga pada November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Diharap dalam bulan mulia ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak timbul pertelingkahan.
www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment