24 May 2018
STATUS 11 JULAI DEPAN: "DAH SELALU TINGGAL SEORANG" - DEJA MOSS
Pada 11 Julai depan, status rumah tangga penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad akan diketahui selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Halimatumsa'diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Menurut Halimatunsa'diah, pihaknya memohon satu laporan JKP bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menjalankan proses pendamaian sebelum apa-apa keputusan berkaitan penceraian dibuat.
Sementara itu, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata dia bersetuju dengan JKP selepas menerima nasihat daripada peguamnya kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.
"Saya bersetuju dengan JKP Ini kerana tiada komunikasi antara saya dan suami selepas dia menghilangkan diri.
"Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila saya menerima surat saman (permohonan penceraian) dan sudah tentu ia sesuatu yang sukar kerana berlaku tanpa pengetahuan.
Klik untuk gambar besar
"Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan diselesaikan antara kami berdua," katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Rabu.
Tambah Deja lagi, sekiranya masih tiada penyelesaian, dia bersedia menjalani kehidupam berasingan.
"Jika tiada pendamaian antara kami, saya terima dan akan melalui kehidupan berasingan," ujarnya.
Dalam proses penyelesaian, JKP terdiri daripada keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.
Deja yang berkahwin dengan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak itu turut hadir bersama Halimatunsa'diah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 8.50 pagi.
Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya yang berusia 39 tahun itu.
Sementara itu, Deja memberaitahu yang dia sudah biasa melalui bulan Ramadan tanpa suami semenjak tahun lalu.
Deja berkata pada tahun lalu, suaminya iaitu Azfendy Azzuddin Ahmad terpaksa meninggalkannya atas tuntutan kerja.
"Saya dah biasa berpuasa sorang diri. Tahun lalu suami tak ada selama tiga minggu sebab dia ada kerja di Johor pada bulan Ramadan.
"Dia tak bawa saya ikut sekali. Saya dah selalu tinggal seorang dan menjadi kebiasaan sebab memang selalu ditinggalkan. Hidup seorang atau berdua itu dah tak rasa. Bagi saya ianya tetap sama sahaja," tutur Deja.
Dalam Pada itu, Deja memberitahu dia tidak pernah bercerita mengenai kemelut rumah tangganya sehinggalah permohanan perceraian difailkan oleh suaminya.
Menurut Deja, dia tidak mempunyai niat untuk memalukan atau mengaibkan mana-mana pihak dengan kenyataannya sebelum ini dan hanya ingin menceritakan perkara sebenar.
"Saya terkejut apabila dia beritahu mahkamah dengan berkata ada artikel keluar dan orang bercakap mengenai dia.
"Sebelum ini, saya tak pernah bercerita dekat sesiapa pun sampailah dia failkan permohonan perceraian pada 5 Mac lalu.
"Saya ada keluarkan kenyataan yang mengaibkan dia tapi bagi saya itu bukan memalukan sebab saya beritahu perkara sebenar," ujarnya yang tidak berniat untuk mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment