25 May 2018

SELEPAS KE MAHKAMAH - KONFLIK NORA & FASHA BAKAL TAMAT


Semua mengetahui mengenai konflik yang berlaku antara selebriti Nora Danish dan Fasha Sandha yang berlarutan sejak tahun lalu.





Pada Mei tahun lalu, kedua-dua pelakon ini terpalit kontroversi apabila Fasha didakwa telah menuduh Nora menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

Kemudian, Nora dalam satu sidang media 12 Mei 2017 menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon berkenaan yang dirasakan telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

Namun semua itu bakal menemui penamat apabila kedua-dua mereka menerima arahan dari mahkamah tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar


Ini kerana Nora sendiri yang mengakui beliau mahu menamatkan segala kemelut bersama Fasha yang sudah bertahun lamanya.

Ia adalah jalan pendamaian terakhir buat mereka dan Nora sedang menunggu perintah mahkamah sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung kes mereka.

Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 39, mengharapkan ada pengakhiran yang baik buat beliau dan Fasha.



"Between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Korang nantikan okey.

"Apa yang akan saya jelaskan nanti adalah penamat segala yang berlaku antara kami. Ketika ini, kami hanya menunggu arahan mahkamah dan selepas itu, baru kami akan keluarkan kenyataan rasmi.

"Bukan kami tidak mahu selesaikan kemelut ini di luar mahkamah, tetapi tidak boleh. Jika boleh, sudah lama kami melakukannya.

"Saya positif konflik ini dapat diselesaikan dengan cara baik," ujar Nora yang turut mengakui yang dirinya dan Fasha Sandha ada mengunjungi Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: